Tinta Nickosama: Kaya Bukan Segalanya

Hai, post kali ni berfokuskan kepada mentaliti dan ini ialah hasil tulisan aku berjudul “Kaya Bukan Segalanya”. Dalam post kali ni, aku nak fokuskan kepada beberapa quote macam “duit bukan segalanya”, “duit tak menjamin kebahagiaan”, “tak berduit pun bahagia” dan yang sewaktu dengannya.

First of all, terima kasih untuk constant traffic 300 orang sehari, aku amat berterima kasih kepada korang semua yang tak jemu nak membaca hasil tulisan aku, biarpun dari post 4 tahun lepas sehinggalah post yang bertarikh 2017. Biarpun aku miskin dengan harta tapi aku nak kaya dengan ilmu, jadi koranglah sumber motivasi aku untuk terus menerus membaca dan mencari inspirasi dan aspirasi baru.

AH, PENAT AH FORMAL. RASA NERDY PULAK. OK GAIS, LET’S GET RIGHT INTO TOPIC!

Ha so gini, kita kene faham betul-betul konsep “money is not everything” pasal aku hari-hari tengok, ramai orang macam ehem cibai sebab dorang tak faham the truth behind the quotes (or at least, pov mereka terlalu cetek) so aku nak bagi share a different point of view and perspective!

Istilah “kaya bukan segala-galanya” ni bagi aku, satu alasan, SATU EXCUSE untuk orang yang (sorry to say, MELAYU) gunakan untuk terus menerus menjadi malas dalam mengubah nasib hidup. Sebab tu kehidupan bangsa Melayu terus stay di takuk lama dan nama LAYU tu hidup dalam dorang punya MELAYU!

WHY?

“Yelah, duit tak menjamin kebahagiaan..” Well the thing is, kalau hidup makan gaji, dapat RM3000 pun dah struggle macam ni, macam mana nak saving untuk kahwin? Buat loan? Tak cukup lagi loan PTPTN, loan kereta, takkan suami/isteri pun nak loan? Habis tu kalau PTPTN tak bayar boleh kene blacklist and no travelling, kalau kereta tak bayar then kene tarik, takkan lah dah kahwin, pasangan kita nak kene pulang dekat bank?

To be honest, kalau hidup sendirian, banyak benda kita boleh cut cost contohnya macam gunakan motor, kurangkan belanja harian dan kongsi duit dan pasangan (kalau ada) tapi the realest is, how nak ada asset kalau terus menerus hidup begini? Hidup dengan mentaliti “as long as aku ada dia, kami miskin pun tak apa, duit tak menjamin kebahagiaan…”, NO! STOP BEING AT THE BOTTOM FEEDER, STOP SITTING AT THE BOTTOM OF THE FOOD CHAIN! Mari kita panjat through the pyramid and stand on top of the food chain, so kalau lah jatuh sekalipun, at least kita dah belajar dari pengalaman. A wise man once said to me, I still remember it until now.

“Jikalau ingin berimpian, mimpilah setinggi langit, masakan jatuh sekalipun, tersangkut di awang-awangan.”
Maksud dia, kalau kau target Bulan, dapat Bintang pun jadilah. Kalau kau target kaya raya, dapat jadi kaya pun ok lah. Kalau kau target Lamborghini, dapat BMW pun ok lah. KALAU KAU TARGET BMW, dapat Persona pun ok dah.

LOGIK DISEBALIK MENTALITI INI

Kawan-kawanku dan pembaca blog ku yang disayangi (ecewah!!), kaya tak menjamin bahgia ni BOLEH DIGUNAPAKAI tapi hanya apabila diucapkan oleh orang-orang yang tertentu sahaja. Contoh situasilah, kau ni co-founder Apple Inc, Steve Jobs. Kau kaya raya, and kau nak mengorat anak Bill Gates, si Jennifer Katharine Gates (now dia 21 tau!), macam mana kau nak offer dia untuk minat kau?

Kau dah la botak (sorry), tak hensem (sorry jugak), tak pandai sweet2 (aduu sorry wei, contoh je), lepas tu kau cakap dengan dia..

“Ririn-chan, I suka kat you.. I cinta kat you. Kalau you bersama dengan I, I boleh bawa you and bagi you apa sahaja.. kita breakfast di London, lunch dekat Malibu, dinner dekat Brazil.. I boleh bagi you satu luxury hotel and satu private jet, you nak Lamborghini Aventador made from gold pun boleh.. ”

Agak-agak, macam mana dia respond?

“Sorry awak, saya tak mencari kekayaan. Ayah saya dah bagi saya semua tu.. bukan satu, dua pulak tu.. dia dah bagi saya the whole world kekayaan boleh offer.. saya turut dipinang dengan Putera sana-sini, tapi saya reject, sebab semua offer benda yang sama.. bukan kekayaan yang ku pinta, kerana kaya tak menjamin kebahagiaan.

Itulah logic disebalik makna ayat tersebut.

Faham kan? Kita ni rakyat marhaen, tak MAMPU untuk bercakap macam tu. Jadi aku harap, apa yang aku cuba sampaikan kat korang ni, berjaya tiba di hati masing-masing. Kau orang kene faham, kaya memang lah tak bermaksud bahagia, tapi ini kalau miskin, nak bayar bil elektrik pakai apa? Pakai kuasa cinta korang ke? Time bil lektrik sampai je, terus pergi TNB pastu “BOS, GUA CINTA BINI GUA” muah muah muah kissing kat depan counter, gitu ke?

NO. Tapi sebenarnya aku dah lihat. Family aku pernah kaya. Dan pernah miskin. Aku lihat bagaimana family aku bahagia walaupun tak kaya. Dan aku dah lihat macam mana family aku juga LEBIH bahagia tatkala kaya. Aku pernah dari AM to PM tengok wayang, hujung minggu ada private suite dekat hotel, ada holiday retreat dekat resort which ayah aku owned. Aku pun dah rasa, macam mana bila miskin, aku dengan family aku bantu ayah aku bagi support, kita orang ikat perut, jimat elektrik kaw2, makan ala kadar.

Mak aku still sayangkan family, ayah aku pun sama, sikit pun tak pernah pudar, biarlah kaya atau miskin. Tapi masa miskin, memang ayah aku struggle, tak tidur siang malam, nak ensure kitaorang boleh makan cukup. Jadi, kebahagiaan ni subjektif. Lagipun, agama Islam ni yang suruh kita jadi kaya, berdasarkan logic akal aku.

Why? Sebab dalam rukun Islam sendiri. (Maaf kepada non-muslim yang membaca, aku kongsi sedikit ya) cakap, berpuasa di bulan ramadhan bagi yang mampu. Kalau miskin, nak makan pun tak mampu sehingga memudaratkan, macam mana nak berpuasa? Menunaikan zakat. Kalau miskin, kita pulak jadi yang layak menerima zakat, bukan penunai zakat. Menunaikan haji ke Mekah. Sekarang ni, nak pergi haji pun kene berduit, bukan zaman dulu-dulu lagi dah.

Jadi, kebahagiaan ni subjektif, dan kaya ni pun subjektif. Bagi aku, kaya ni cukup dan lengkap everything. Senang cerita, kau perlu itu, kau mampu untuk itu. Dan aku nak jadi kaya. Ada orang rasa, kaya ni perlu kereta besar. Itu definisi kaya bagi dia. Mampus pigi. Ada juga orang kata, kaya ni mampu beli whole world. Suka hati. Yang penting, tak pernah aku dengar orang kata, kaya ni hidup cam keparat.

Tapi Nickosama, aku tak setuju..

“Ada orang cakap, kalau jadi kaya, aku lupa diri.”
Sebenarnya, lupa diri tu attitude. Kaya ni subjective value. Kenapa mesti “Kaya = Lupa Diri”? Hey, bila kaya=lupa diri, itu sebenarnya problem dengan diri sendiri. Tapi worst come to worst, KAYA LUPA DIRI ni lagi bagus dari MISKIN LUPA DIRI. Dah la miskin, takde effort nak ubah diri sendiri, lepas tu menyusah orang lain. Kan?

Sebenarnya gini lah. Bila kau dalam point of authority of your wealthiness, kau control diri kau. Always remember macam mana kau start dulu. Kalau aku ni kaya one day, aku nak bahagiakan mak ayah aku. Aku nak dorang semua ada 10 maids and butlers. Biar dorang sampai nak capai remote tv pun, butler tolong ambilkan. Aku nak kongsi kekayaan aku dengan bekas cikgu-cikgu, lecturers aku. Sebab dorang yang at least pernah bentuk aku. Aku nak bantu support bil elektrik tenaga pendidik aku, bil air dorang.

Aku rasa bahagia bila dorang tersenyum cakap “terima kasih la banyak-banyak..” itu pun aku dah macam terharu dah. Sebab duit sekarang, mostly digital. Kau transfer duit, kau sebenarnya transfer digit sahaja, dari bank kau ke bank orang. Jadi, apa guna digit tu bertambah kalau tak digunakan untuk bahagiakan orang lain? Ini sedikit gambar tentang problem kat Malaysia.

Lepas tu, aku nak bukak banyak syarikat. Terutamanya giant company aku, Nickosama’s Alliance Berhad. Aku nak create banyak sub-co bawah syarikat induk. Aku nak buat syarikat yang fokus kepada Advertising and Design, aku nak bantu undergrad kita yang tak dapat peluang pekerjaan. Aku nak bukak syarikat yang fokus kepada Productions. Aku nak bantu suri-rumah, pelajar dan lain2 buat dropshipping businesses. Aku nak bukak syarikat Nickosama’s Foundation, untuk fund anak-anak yatim piatu, aku nak bagi dorang rumah, nak bagi dorang education untuk wujudkan business masing-masing. Aku nak buat pusat perlindungan mangsa rogol, nak bagi satu rumah untuk mereka yang rasakan diri mereka ni worthless, so dorang dapat bersama dengan orang yang kononnya sama status dengan dorang. Aku nak bukak company Koko aku, yang boleh ganti produk Milo ke apa semua, biar duit pembelian tu tak sumbang kepada Nestlé, tak pergi kepada Zionis. Pergi kepada aku dan seterusnya masuk dalam foundation untuk korang semua pergi Haji or Umrah.

SEMUA TU TAK POSSIBLE KALAU AKU MISKIN. 

Macam mana strategi aku untuk jadi kaya? Haha, actually aku masih miskin. Tapi aku dah ada a lot of plan dalam fikiran, mungkin aku akan kongsikan dalam next post.. btw nanti aku buat giveaway tunai bernilai RM50 untuk dua pemenang, tunggukan announcement tu nanti. Maybe pemilihan pemenang berdasarkan subscribers blog aku. Jadi, subscribe yeah? Thank you for reading.

Share your thoughts!

comments