Fake Rice

FAKE RICE, OR FAKE BRAIN?

Ha, baguslah. Aku dah sangsi dari awal dulu tapi aku tak berani nak cakap apa-apa without any studying here and there. Selama pengalaman aku guna Facebuk ni, aku skeptikal gila and susah nak percaya video-video yang ‘pakar’ ni buat tak kiralah melei ke cainis ke indian ke same je bila dah nama dia Malaysian. Dari kes bakar biskut Hup Seng, kepada bakar kobis, kepada gumpal nasik, semua sama je bodoh.

Geram aku. Aku ingat lagi dulu masa belajar Chemistry tingkatan 4, ada satu experiment kitaorang buat untuk test exponential energy ke apa (ke stored energy?) apa-apalah, aku tak ingat tapi lebih kurang la, kitaorang bakar biskut dengan apa lagi eh, untuk tengok how long dia boleh jana api. Basically nak tengok berapa banyak energy stored dengan ingredients dia.

Tapi makcik-pakcik bodoh ni (yes, bodoh) terus assume plastik = boleh terbakar. Part ni bijak.

Dia jadi bodoh bila “Katakan ‘plastik=boleh terbakar’ equal to x”, “Katakan ‘biskut=boleh terbakar’ equal to Y”, maka “X=Y”. Dari derivation tu, kita boleh juga come to a conclusing yang biskut equal to plastik.

Ai, kalau gitu, kita boleh assume jugak yang semua benda yang boleh terbakar ialah plastik la kalau macam tu? Kan? Kalau apply rules kau? So kayu is plastik, kain is plastik, and your brain oso plastik one la.

Apa yang aku tahu, dah hidup suku abad ni aku tahu yang manusia ni suka mencarik plastik dalam makanan dorang rather than dorang sedar yang plastik paling dekat dengan dorang ialah attitude dorang sendiri. SO PLASTIC!

Anyway, ni explanation yang aku sumberkan dari @gagsmsia kat Facebook. (jangan ingat aku sesaja copy content dorang, aku cuma malas nak design sendiri, alang-alang dah ada aku pakai je dorang punya)

Stop being stupid. Ada yang backup cakap dorang buat mixture plastic resin dengan potato shit apa entah.

Wei potato tu lagi mahal dari otak kau…… baik dorang buat beras tulen je dari beras plastik kalau nak pakai potato. Hehe. Aku syak ni opponent beras Cap Rambutan ni huhu.

Share your thoughts!

comments